عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ
الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ
لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا
الْجَنَّةُ
Dari Abu Hurairah RA bahawa
Rasulullah SAW telah bersabda : "Dosa di antara dua umrah akan terhapus
dan Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga.
Riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Nasaie,
Ahmad, Ibnu Majah dan Malik
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ
الْحُجَّاجُ وَالْعُمَّارُ وَفْدُ اللَّهِ
إِنْ دَعَوْهُ أَجَابَهُمْ وَإِنْ اسْتَغْفَرُوهُ غَفَرَ لَهُمْ
Dari Abu Hurairah RA dari
Rasulullah SAW bahawa baginda telah bersabda : Orang yang mengerjakan
haji dan umrah merupakan rombongan Allah, jika mereka mendoakan sesuatu
maka Allah akan memperkenankannya, dan jika mereka memohon ampun, akan
diampunkan.
Riwayat Ibnu Majah, at-Tabarani dan
al-Baihaqi
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ
بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
تَابِعُوا بَيْنَ الْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ
فَإِنَّهُمَا يَنْفِيَانِ الْفَقْرَ وَالذُّنُوبَ كَمَا يَنْفِي الْكِيرُ
خَبَثَ الْحَدِيدِ وَالذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَلَيْسَ لِلْحَجَّةِ
الْمَبْرُورَةِ ثَوَابٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
Dari Abdullah bin Mas'ud,
Rasulullah SAW telah bersabda : Turutilah kerja haji dgn ibadah umrah,
sesungguhnya kedua-duanya akan menghalang kamu drp kepapaan dan dosa,
sebagaimana hembusan api menghilangkan segala kekotoran besi, perak dan
emas. Haji Mabrur (yg diterima) akan mendapat balasan Syurga.
Riwayat Turmizi, Nasaie, Ibnu
Majah dan Ahmad
فإن لك من الأجر إذا
أممت البيت العتيق ألا ترفع قدما أو تضعها أنت ودابتك إلا كتبت لك حسنة
ورفعت لك درجة وأما وقوفك بعرفة فإن الله عز وجل يقول لملائكته يا ملائكتي
ما جاء بعبادي قالوا جاؤوا يلتمسون رضوانك والجنة فيقول الله عز وجل فإني
أشهد نفسي وخلقي أني قد غفرت لهم ولو كانت ذنوبهم عدد أيام الدهر وعدد رمل
عالج وأما رميك الجمار قال الله عز وجل { فلا تعلم نفس ما أخفي لهم من قرة
أعين جزاء بما كانوا يعملون } وأما حلقك رأسك فإنه ليس من شعرك شعرة تقع في
الأرض إلا كانت لك نورا يوم القيامة وأما طوافك بالبيت إذا ودعت فإنك تخرج
من ذنوبك كيوم ولدتك أمك رواه
الطبراني
Sesungguhnya jika kamu keluar dari
rumahmu menuju Rumah suci (Ka’bah), tidaklah hewan tunggaganmu
meletakkan telapak kaki dan mengangkatnya melainkan Allah telah
menuliskan bagimu dengan satu kebaikan dan menghapuskan darimu satu
kesalahan Adapun wukufmu di Arafah, maka sesungguhnya Allah akan turun
ke langit dunia, lalu bertanya kepada para malaikat apakah yang
dikehandaki oleh hamba-hambaku ? lalu para malaikat berkata ; Mereka
memohon keredhaanMu dan syurgaMu. Maka Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Aku bersaksi bahawa Aku telah mengampunkan segala
dosa-dosa mereka meskipun dosa-dosa mereka sebanyak jumlah hari dlm
setahun ataupun sebanyak butiran pasir. Adapun setiap lontaranmu
ke jamrah, Allah SWT berfirman :
Maka tidak ada seseorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan
yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari segala jenis nikmat) yang amat
indah dipandang dan menggembirakan, sebagai balasan bagi amal-amal soleh
yang mereka telah kerjakan
-
terjemahan ayat 17 Surah as-Sajadah,
sementara apabila dia mencukur kepalanya, maka tidaklah jatuh sehelaipun
rambutnya melainkan ia akan menjadi cahaya di hari kiamat. Sementara
selesai mengerjakan tawaf Wada', maka keluarlah (diampunkan) segala
dosanya seperti ketika dia dilahirkan oleh ibunya (tiada sebarang dosa).
(Riwayat Thabarani
dalam kitab
معجم الأوسط
Albani dlm kitabnya صحيح
الترغيب والترهيب
telah mengkelaskan hadis ini sebagai hadis Hasan).
Amaran Allah
SWT kepada orang yang enggan mengerjakan Haji
Ibadah Haji merupakan rukun Islam yang kelima. Jadi ia merupakan
kewajipan kepada setiap muslim untuk mengerjakan haji sama seperti
kewajiapan ke atas solat lima waktu, puasa dan zakat. Orang Islam yang
mati, tetapi tidak mengerjakan ibadah haji, maka tidak sempurnalah rukun
Islamnya, kecuali dia belum berkemampuan.
Allah SWT telah memberi amaran
dan peringatan kepada mereka yang enggan mengerjakan haji sedangkan dia
telah cukup mampu daripada segala segi sebagaimana hadit di bawah ;
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ
مَنْ مَلَكَ زَادًا
وَرَاحِلَةً تُبَلِّغُهُ إِلَى بَيْتِ اللَّهِ وَلَمْ يَحُجَّ فَلَا
عَلَيْهِ أَنْ يَمُوتَ يَهُودِيًّا أَوْ نَصْرَانِيًّا وَذَلِكَ أَنَّ
اللَّهَ يَقُولُ فِي كِتَابِهِ
{ وَلِلَّهِ عَلَى
النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }
Dari Ali, Rasulullah SAW telah
bersabda : Sesiapa yang mempunyai bekalan dan kenderaan yang boleh
menyampaikannya ke Baitullah, tetapi tidak mahu mengerjakan haji, maka
bolehlah dia memilih untuk mati secara Yahudi atau Nasrani ini kerana
Allah telah berfirman dalam kitabnya ....
Riwayat Turmizi
{ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ
الْبَيْتِ مَنْ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا }
Pengertian
Haji
Haji ialah mengunjungi Baitullah di Makkah pada bulan-bulan tertentu dengan syarat-syarat yang tertentu untuk mengerjakan ibadah yang tertentu.
Umrah ialah menziarahi Kaabah pada bila-bila masa
untuk mengerjakan tawaf, saie dan bercukur mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Syarat
wajib haji dan umrah:
(a) Islam
tidak wajib ke atas orang kafir.
(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.
(b) Berakal tidak wajib ke atas orang gila.
(c) Baligh tidak wajib ke atas kanak-kanak.
(d) Merdeka tidak wajib ke atas hamba sahaya.
(e) Berkemampuan tidak wajib ke atas orang yang tidak ada upaya dan tiada kuasa.
2.
Dalil wajib haji ke atas orang yang berkemampuan. Firman Allah S.WT.
وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ
مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا
Maksudnya: Dan
mengerjakan haji itu wajib atas manusia kerana Allah, bagi mereka yang
berkemampuan mengadakan perjalanan ke Baitullah.
ayat 97 surah Ali Imran
3.
Maksud istitaah @ berkemampuan:
(a)
terjamin keselamatan diri, nyawa, dan harta semasa dalam perjalanan.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.
(b) mempunyai kenderaan yang selamat dan sesuai untuk pergi dan balik.
(c) mempunyai perbelanjaan yang cukup untuk pergi dan balik serta ahli keluarga yang ditinggalkan.
(d) ada kesempatan untuk mengerjakan haji.
(e) bagi wanita (yang sudah berkaliwin) hendaklah ditemani oleh dua orang muhrim atau kumpulan wanita yang boleh dipercayai serta mendapat izin danpada suaminya.
RUKUN HAJI
Rukun haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan dalam ibadah haji. Jika tertinggal salah satu drpnya, maka tidak sah hajinya dan wajib diganti pada tahun hadapan.
Rukun haji
ialah :
1. Niat Ihram haji
|
|
|
|
Video :
Pakai ihram
- download percuma di
www.islamweb.net
dlm English dan Arab
2.
Wukuf di Arafah
Berhenti seketika di Arafah antara waktu
gelincir matahari (Zohor) 9 Zulhijjah hingga terbit fajar 10 Zulhijjah.
|
|
||
|
|
||
|
|
||
Video :
Wukuf di
Arafah
3. Tawaf di Baitullah
Download percuma Kaabah, Masjidil Haram,
Masjid Nabawi dan proses Haji & Umrah dalam video visual 3D di
www.3dkabah.com
Tawaf bermaksud mengelilingi
BaitullahilHaram sebanyak tujuh pusingan kerana beribadat kepada Allah S.W.T.
mengikut syarat-syarat yang tertentu.
Amalan tersebut menyamai amalan malaikat
yang mengelilingi Arasy Allah S.W.T. dan bertasbih memuji kebesaranNya.
Tawaf terbahagi kepada empat
jenis, iaitu:
(a)
Tawaf Qudum; iaitu
Tawaf Selamat Datang ke Makkah yang dilakukan oleh mereka yang
mengerjakan haji secara ifrad;
(b)
Tawaf Ifadah, iaitu
Tawaf Rukun yang wajib dilakukan dalam ibadat haji atau umrah;
(c)
Tawaf Wadak,
iaitu Tawaf Selamat Tinggal
bagi jemaah haji yang hendak meninggalkan Makkah;
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
كَانَ النَّاسُ يَنْصَرِفُونَ فِي كُلِّ وَجْهٍ فَقَالَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَنْفِرَنَّ أَحَدٌ
حَتَّى يَكُونَ آخِرُ عَهْدِهِ بِالْبَيْتِ
Dari Ibnu Abbas
ra., ia berkata: Orang-orang (yang melaksanakan ibadah haji) bertebaran
untuk kembali ke tempat masing-masing, lalu Rasulullah saw. bersabda:
Tidak ada seorang pun yang meninggalkan Baitullah sebelum mengakhiri
dengan bertawaf di Baitullah.
Hadis Riwayat Muslim.
(d)
Tawaf Sunat, iaitu ketika
jemaah haji menziarahi Masjidil-Haram.
Syarat-syarat
sah tawaf ialah:
(a)
niat kerana Allah semata-mata
bukan kerana tujuan lain
(b) suci drp hadas kecil dan besar serta dari sebarang najis
(c) sentiasa mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan
(d) menutup aurat
(e) tawaf di dlm masjid dan di luar Kaabah tujuh kali pusingan dengan yakin
(f) bermula dari sudut Hajar Aswad.
(b) suci drp hadas kecil dan besar serta dari sebarang najis
(c) sentiasa mengirikan Kaabah dan berjalan ke hadapan
(d) menutup aurat
(e) tawaf di dlm masjid dan di luar Kaabah tujuh kali pusingan dengan yakin
(f) bermula dari sudut Hajar Aswad.
Video :
Tawaf
di Baitullah
4.
Saie
|
|
||
|
|
||
|
|
||
|
|
||
|
|
Berjalan
(berlari anak) dari Safa ke Marwah
berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah sebanyak 7 kali
Syarat-syarat Saie ;
a)
Dilakukan selepas Tawaf Rukun/Qudum
b) Bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah
c) Cukup 7 kali dengan yakin iaitu dikira sekali dari Safa ke Marwah dan sekali drp Marwah ke
Safa
d) Hendaklah sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan Marwah
e) Hendaklah Saie di Batnu Wadi (tempat yang telah ditetapkan)
(f) Hendaklah saie semata-mata kerana Allah, bukan tujuan yang lain
b) Bermula di bukit Safa dan berakhir di bukit Marwah
c) Cukup 7 kali dengan yakin iaitu dikira sekali dari Safa ke Marwah dan sekali drp Marwah ke
Safa
d) Hendaklah sampai ke penghujung tempat Saie di Safa dan Marwah
e) Hendaklah Saie di Batnu Wadi (tempat yang telah ditetapkan)
(f) Hendaklah saie semata-mata kerana Allah, bukan tujuan yang lain
Video :
Saie - Safa
Marwah
5.
Bercukur
Mengunting sekurang-kurangnya
3 helai rambut
Waktu bercukur adalah ;
Waktu bercukur adalah ;
a) selepas melontar Jamrah Al-Aqabah
pada 10 Zulhijah atau
b) selepas Tawaf dan Saie jika jemaah haji memilih terus ke Mekah
b) selepas Tawaf dan Saie jika jemaah haji memilih terus ke Mekah
6. Tertib
Rukun-rukun haji hendaklah dilakukan
mengikut susunan tetapi bercukur boleh dikerjakan sebelum tawaf bagi orang yang
melakukan tahalul awal.
Contoh ikut tertib
- selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Kemudian terus kembali ke
Mekah. Sampai di Mekah, dia akan tawaf, saie dan bercukur. Kemudian baru
ke Mina utk ibadah melontar.
Contoh tak ikut tertib
- selepas Wukuf, terus bermalam di Muzdalifah. Biasanya rombongan haji
Malaysia akan terus ke Mina utk melontar di Jamratul Aqabah 10 zulhijjah
dan bermalam di Mina dan melontar jamrah pada 11-13 zulhijjah. Selepas
melontar di Jamrah Aqabah pada 10 zulhijjah, maka dia boleh bercukur...
selepas selesai amalan melontar/bermalam di Mina, balik ke Mekah,
barulah mengerjakan tawaf dan saie.
WAJIB HAJI
Wajib
haji ialah perkara-perkara yang wajib dilakukan semasa mengerjakan haji. Jika
ditinggalkan salah satu daripadanya, haji seseorang itu sah tetapi diwajibkan
membayar denda (dam).
Perkara wajib
haji ialah:
1. Niat ihram di Miqat
(i)
Wajib berniat mengerjakan haji atau umrah di Miqat.
(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat.
(ii) Jika berniat di tempat lain daripada miqat yang ditentukan masih dihukumkan sah hajinya tetapi dikenakan denda kerana tidak berniat di Miqat.
Miqat ialah sempadan
masa dan tempat
bagi memulakan ibadat haji.
Miqat terbahagi kepada dua,
iaitu:
a) miqat
makani;
b) miqat zamani.
b) miqat zamani.
Miqat zamani bagi ibadat haji ialah
pada bulan Syawal hingga 10 Zulhijrah sementara Miqat zamani bagi
umrah ialah sepanjang tahun.
Miqat makani bagi ibadat haji ialah:
a)
bagi jemaah haji yang
datang dari arah timur spt penduduk Najd dan Kuwait ialah Qarnul
Manazil. (94km dari Makkah)
b) jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah spt dari Yaman dan India ialah
di Yalamlam; (54km dari Makkah)
c) bagi jemaah haji yang datang dari Madinah ialah Zulhulaifah @ Bi’ru Ali (450km dari
Makkah)
d) bagi jemaah haji yang tinggal di Makkah ialah di rumah mereka sendiri;
e) bagi jemaah haji yang datang dari barat laut spt Syria, Mesir, Maghribi dan Sepanyol ialah di
Juhfah.(187km dari Makkah)
f) bagi jemaah haji yang datang dari Iraq ialah Zatu lrqin (94km dari Makkah).
Manazil. (94km dari Makkah)
b) jemaah haji yang melalui Lautan Hindi menuju ke Laut Merah spt dari Yaman dan India ialah
di Yalamlam; (54km dari Makkah)
c) bagi jemaah haji yang datang dari Madinah ialah Zulhulaifah @ Bi’ru Ali (450km dari
Makkah)
d) bagi jemaah haji yang tinggal di Makkah ialah di rumah mereka sendiri;
e) bagi jemaah haji yang datang dari barat laut spt Syria, Mesir, Maghribi dan Sepanyol ialah di
Juhfah.(187km dari Makkah)
f) bagi jemaah haji yang datang dari Iraq ialah Zatu lrqin (94km dari Makkah).
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
وَقَّتَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَهْلِ الْمَدِينَةِ ذَا
الْحُلَيْفَةِ وَلِأَهْلِ الشَّامِ الْجُحْفَةَ وَلِأَهْلِ نَجْدٍ قَرْنَ
الْمَنَازِلِ وَلِأَهْلِ الْيَمَنِ يَلَمْلَمَ قَالَ فَهُنَّ لَهُنَّ
وَلِمَنْ أَتَى عَلَيْهِنَّ مِنْ غَيْرِ أَهْلِهِنَّ مِمَّنْ أَرَادَ
الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ فَمَنْ كَانَ دُونَهُنَّ فَمِنْ أَهْلِهِ وَكَذَا
فَكَذَلِكَ حَتَّى أَهْلُ مَكَّةَ يُهِلُّونَ مِنْهَا
Dari Ibnu Abbas RA, Rasulullah SAW
menetapkan mikat-mikat berikut: untuk penduduk Madinah adalah Dzul
Hulaifah, untuk penduduk Syam adalah Juhfah, untuk penduduk Najed adalah
Qarnul Manazil dan untuk penduduk Yaman adalah Yalamlam. Mikat-mikat itu
adalah untuk penduduk daerah-daerah tersebut dan selain penduduk
tersebut yang datang melewatinya untuk melaksanakan ibadah haji atau
umrah. Adapun untuk penduduk daerah sebelum mikat-mikat tersebut, maka
mikat mereka adalah dari rumah mereka dan seterusnya sampai penduduk
Mekah, mereka niat ihram dari rumah-rumah mereka.
Hadis riwayat Muslim.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يُهِلُّ
أَهْلُ الْمَدِينَةِ مِنْ ذِي الْحُلَيْفَةِ وَأَهْلُ الشَّامِ مِنْ
الْجُحْفَةِ وَأَهْلُ نَجْدٍ مِنْ قَرْنٍ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ وَبَلَغَنِي
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وَيُهِلُّ
أَهْلُ الْيَمَنِ مِنْ يَلَمْلَمَ
Dari Ibnu Umar RA bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Penduduk Madinah berniat ihram dari (mikat) Dzul Hulaifah, penduduk Syam
dari Juhfah, sedangkan penduduk Najed dari Qarnul Manazil. Abdullah bin
Umar berkata: Aku diberitahu bahwa Rasulullah saw. bersabda: Penduduk
Yaman berniat ihram dari (mikat) Yalamlam.
Hadis riwayat Muslim.
Miqat makani bagi umrah ialah
di Tanah Halal seperti Hudaibiyah, Tan’im
dan Jaknanah.
|
|
Antara hikmat-hikmat ditentukan miqat
bagi ibadat haji termasuklah:
a)
supaya kita memahami bahawa setiap
pekerjaan ada permulaan dan ada kesudahannya;
b) supaya kita dapat membuat persiapan dan persediaan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
b) supaya kita dapat membuat persiapan dan persediaan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan.
2. Bermalam di Muzdalifah
(i)
Bermalam di Mudzalifah selepas tengah malam 10 Zulhijah hingga
subuh.
(ii) Wajib berada di Muzdalifah walaupun seketika pada waktu yang ditetapkan.
(ii) Wajib berada di Muzdalifah walaupun seketika pada waktu yang ditetapkan.
3. Melontar Jamrah Al-Aqabah
Waktu melontar Jamrah Al-Aqabah bermula dan
tengah malam 10 Zulhijah hingga maghrib hari yang sama.
Video
:
Melontar Jamrah
Video : Melontar 3 Jamrah
Video : Melontar 3 Jamrah
4. Bermalam di Mina
Hendaklah
bermalam pada malam-malam 11, 12, dan 13 Zulhijah.
5. Melontar ketiga-tiga jamrah
Waktu
melontar ketiga-tiga jamrah pada hari 11, 12, dan 13 Zulhijah masing-masing dengan tujuh biji batu.
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
|
|
|||
Syarat-syarat melontar
a) hendaklah melontar 7 kali pada setiap jamrah
b) hendaklah tertib iaitu memulakan dengan jamrah AlUla, Al-Wusta dan kemudian jamrah Al-Aqabah.
c) niat semata-mata melontar, bukan untuk tujuan lain.
d) melontar dengan batu yang suci
e) batu yang dilontar masuk ke dalam tempat melontar dengan yakin
f) melontar dengan gaya melontar
g) melontar dengan tangan
h) dilarang melontar untuk orang lain melainkan telah melontar untuk diri sendiri
b) hendaklah tertib iaitu memulakan dengan jamrah AlUla, Al-Wusta dan kemudian jamrah Al-Aqabah.
c) niat semata-mata melontar, bukan untuk tujuan lain.
d) melontar dengan batu yang suci
e) batu yang dilontar masuk ke dalam tempat melontar dengan yakin
f) melontar dengan gaya melontar
g) melontar dengan tangan
h) dilarang melontar untuk orang lain melainkan telah melontar untuk diri sendiri
6.
Meninggalkan perkara-perkara yang
haram semasa ihram:
(i)
menutup kepala bagi lelaki dan menutup muka serta memakai
sarung tangan bagi wanita.
(ii) memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
(iii) memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan.
(iv) memakai minyak pada rambut dan janggut.
(v) mencabut bulu atau rambut dan badan.
(vi) memotong kuku.
(vii) membunuh binatang buruan.
(viii) bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
(ix) jimak (bersetubuh).
(x) melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah (Nikah yang dilakukan dalam ihram adalah tidak sah.)
(ii) memakai pakaian berjahit bagi lelaki.
(iii) memakai bau-bauan pada badan, pakaian dan makanan.
(iv) memakai minyak pada rambut dan janggut.
(v) mencabut bulu atau rambut dan badan.
(vi) memotong kuku.
(vii) membunuh binatang buruan.
(viii) bercumbu-cumbuan yang menaikkan nafsu syahwat.
(ix) jimak (bersetubuh).
(x) melakukan akad nikah, mewali pernikahan atau menikah (Nikah yang dilakukan dalam ihram adalah tidak sah.)
عَنْ نَافِعٍ
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا
أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا يَلْبَسُ الْمُحْرِمُ مِنْ
الثِّيَابِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا
تَلْبَسُوا الْقُمُصَ وَلَا الْعَمَائِمَ وَلَا السَّرَاوِيلَاتِ وَلَا
الْبَرَانِسَ وَلَا الْخِفَافَ إِلَّا أَحَدٌ لَا يَجِدُ النَّعْلَيْنِ
فَلْيَلْبَسْ الْخُفَّيْنِ وَلْيَقْطَعْهُمَا أَسْفَلَ مِنْ الْكَعْبَيْنِ وَلَا
تَلْبَسُوا مِنْ الثِّيَابِ شَيْئًا مَسَّهُ الزَّعْفَرَانُ وَلَا الْوَرْسُ
Dari Nafiq, dari Ibnu Umar RA bahawa seorang
laki-laki bertanya kepada Rasulullah saw. tentang pakaian yang boleh
dikenakan oleh orang yang sedang berihram? Rasulullah saw. bersabda:
Janganlah kalian mengenakan baju, kain serban, seluar, menutup kepala
dan sarung kaki kulit, kecuali bagi orang yang memang tidak memiliki
alas kaki, maka ia boleh memakai alas kaki tersebut dengan syarat ia
harus memotongnya sampai di bawah mata kaki. Juga jangan memakai pakaian
apapun yang dicelup dengan minyak za`faran dan wares.
Hadis riwayat Muslim.
عَن جَابِرِ بْنِ زَيْد
عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ
سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يَخْطُبُ يَقُولُ السَّرَاوِيلُ
لِمَنْ لَمْ يَجِدْ الْإِزَارَ وَالْخُفَّانِ لِمَنْ لَمْ يَجِدْ
النَّعْلَيْنِ يَعْنِي الْمُحْرِمَ
Dari Jabir bin Zaid, dari Ibnu Abbas RA Aku
mendengar Rasulullah saw. ketika sedang berkhutbah, beliau bersabda:
Seluar (boleh dikenakan) bagi orang yang tidak mempunyai lembaran kain
dan alas kaki bagi orang yang tidak mempunyai sepasang alas kaki.
Maksudnya untuk orang yang sedang berihram.
Hadis riwayat Muslim.
عَنْ صَفْوَانَ بْنِ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ
عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ جَاءَ
رَجُلٌ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ
بِالْجِعْرَانَةِ عَلَيْهِ جُبَّةٌ وَعَلَيْهَا خَلُوقٌ أَوْ قَالَ أَثَرُ
صُفْرَةٍ فَقَالَ كَيْفَ تَأْمُرُنِي أَنْ أَصْنَعَ فِي عُمْرَتِي قَالَ
وَأُنْزِلَ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْوَحْيُ
فَسُتِرَ بِثَوْبٍ وَكَانَ يَعْلَى يَقُولُ وَدِدْتُ أَنِّي أَرَى
النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ نَزَلَ عَلَيْهِ
الْوَحْيُ قَالَ فَقَالَ أَيَسُرُّكَ أَنْ تَنْظُرَ إِلَى النَّبِيِّ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أُنْزِلَ عَلَيْهِ الْوَحْيُ
قَالَ فَرَفَعَ عُمَرُ طَرَفَ الثَّوْبِ فَنَظَرْتُ إِلَيْهِ لَهُ غَطِيطٌ
قَالَ وَأَحْسَبُهُ قَالَ كَغَطِيطِ الْبَكْرِ قَالَ فَلَمَّا سُرِّيَ
عَنْهُ قَالَ أَيْنَ السَّائِلُ عَنْ الْعُمْرَةِ اغْسِلْ عَنْكَ أَثَرَ
الصُّفْرَةِ أَوْ قَالَ أَثَرَ الْخَلُوقِ وَاخْلَعْ عَنْكَ جُبَّتَكَ
وَاصْنَعْ فِي عُمْرَتِكَ مَا أَنْتَ صَانِعٌ فِي حَجِّكَ
Dari Safwan bin Ya'la bin Umaiyah dari
ayahnya, beliau berkata salah seorang sahabat datang menemui Nabi saw.
ketika beliau berada di Ji`ranah, dengan mengenakan jubah yang sudah
ditaburi minyak wangi. Atau bekas dari minyak wangi. Sahabat itu
bertanya: Apa yang baginda perintahkan untuk aku lakukan dalam umrahku?
Saat itu wahyu sedang turun kepada Nabi saw. dan beliau ditutup dengan
pakaian. Ya`la berkata: Aku senang sekali jika aku dapat menyaksikan
Nabi saw. sedang menerima wahyu. Umar berkata: Apakah engkau suka
menyaksikan Nabi saw. sedang menerima wahyu? Kemudian Umar menyingkap
kain yang menutupi beliau, lalu aku memandang beliau sedang mendengkur.
Aku memperhatikan seperti suara anak unta. Ketika wahyu telah turun,
beliau terbangun dan bertanya: Di mana orang yang bertanya tentang umrah
tadi? Selanjutuya beliau bersabda: Bersihkanlah dirimu dari bekas minyak
wangi yang engkau pakai, lepaslah jubahmu dan lakukanlah umrah seperti
engkau melakukan haji.
Hadis riwayat Muslim.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ
طَيَّبْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ لِحُرْمِهِ حِينَ أَحْرَمَ وَلِحِلِّهِ قَبْلَ أَنْ يَطُوفَ
بِالْبَيْتِ
Dari Aisyah RA., ia berkata: Aku pernah
memberi minyak wangi ke tubuh Rasulullah saw. saat beliau hendak
berihram dan juga ketika hendak bertahallul sebelum beliau tawaf di
Baitullah.
Hadis riwayat Muslim.
عَنْ الصَّعْبِ بْنِ جَثَّامَةَ اللَّيْثِيِّ
أَنَّهُ أَهْدَى لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِمَارًا وَحْشِيًّا وَهُوَ بِالْأَبْوَاءِ أَوْ
بِوَدَّانَ فَرَدَّهُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ قَالَ فَلَمَّا أَنْ رَأَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا فِي وَجْهِي قَالَ إِنَّا لَمْ نَرُدَّهُ عَلَيْكَ
إِلَّا أَنَّا حُرُمٌ
Dari Sha`ab bin Jatsamah Al-Laitsi RA bahwa Ia
pernah menghadiahkan seekor keledai liar kepada Rasulullah saw. ketika
beliau berada di desa Abwa' atau Waddan. Namun Rasulullah saw.
mengembalikan keledai itu kepadanya. Ketika Rasulullah saw. melihat
perubahan wajah Sha`ab karena pemberiannya dikembalikan, beliau
bersabda: Aku tidak akan menolak pemberianmu ini jika aku tidak sedang
dalam keadaan ihram.
Hadis riwayat Muslim.
Perkara-perkara sunat haji
1. Mandi sunat ketika hendak memakai
ihram.
2. Mandi ketika hendak masuk ke Makkah.
3. Mandi ketika hendak wukuf di Arafah.
4. Solat sunat dua rakaat ketika hendak memu ihram.
5. Membanyakkan membaca al-Quran dan zikir
6. Berdoa ketika bercukur.
7. Mengucapkan talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal.
2. Mandi ketika hendak masuk ke Makkah.
3. Mandi ketika hendak wukuf di Arafah.
4. Solat sunat dua rakaat ketika hendak memu ihram.
5. Membanyakkan membaca al-Quran dan zikir
6. Berdoa ketika bercukur.
7. Mengucapkan talbiah sepanjang ihram hingga tahalul awal.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ:"مَا أَهَلَّ مُهِلٌّ قَطُّ إِلا بُشِّرَ، وَلا
كَبَّرَ مُكَبِّرٌ قَطُّ إِلا بُشِّرَ. قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ،
بِالْجَنَّةِ؟ قَالَ: نَعَمْ".
Abu Hurairah RA meriwayatkan
bahwa Rasulullah SAW bersabda
Tidaklah seorang mengucapkan talbiyah atau mengucapkan
takbir melainkan akan dijanjikan dengan
kebaikan”.
Rasulullah
ditanya: “Wahai Rasulullah, apakah dijanjikan
dengan syurga?” Beliau menjawab: “Ya”.
(Riwayat Thabarani
dalam kitab
معجم الأوسط
Albani dlm kitabnya صحيح
الترغيب والترهيب
telah mengkelaskan hadis ini sebagai hadis Hasan).
8. Sembahyang dua rakaat selepas tawaf
seeloknya di belakang makam Nabi Ibrahim a.s.9. Bermalam di Mina pada 9 Zulhijah.
10. Tinggal di Arafah sehingga jatuh matahari 9 Zulhijah.
Perkara yang membatalkan haji
1. Tertinggal salah satu daripada rukun
haji.
2. Melakukan persetubuhan atau akad nikah sebelum tahalul pertama.
2. Melakukan persetubuhan atau akad nikah sebelum tahalul pertama.
Rukun Umrah
1. Niat ihram seperti:
Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram dengannya kerana Allah Taala.
2. Tawaf di Baitullah (Kaabah).
3.Saie iaitu berjalan (berlari anak) dari Safa ke Marwah
Wajib Umrah
1. Niat umrah di miqat.
2. Meninggalkan segala larangan semasa ihram.
Tahalul
1. Tahalul ialah keluar dari ihram haji atau umrah.
2. Tahalul terbahagi kepada dua, iaitu:
2. Tahalul terbahagi kepada dua, iaitu:
(a) Tahalul awal – setelah selesai drp melakukan 2
daripada perkara-perkara berikut ;
(i) Melontar di Zamrah
Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf
- boleh melakukan semua perkara
yang dilarang semasa ihram kecuali
a)
menjadi wali @ bernikah
b) bercumbuan
c) berjimak
b) bercumbuan
c) berjimak
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ
قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ إِذَا رَمَيْتُمْ الْجَمْرَةَ
فَقَدْ حَلَّ لَكُمْ كُلُّ شَيْءٍ إِلَّا
النِّسَاءَ
Dari Ibnu Abbas RA, beliau berkata bahawa
Rasulullah SAW bersabda : Jika seseorang itu telah melontar Jamrah, maka
dihalalkan melakukan semua perkara kecuali yang berkaitan dengan wanita.
Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah.
(b) Tahalul Thani – setelah selesai melakukan
perkara-perkara berikut ;
(i)
Melontar di Zamrah Al-Aqabah pada 10 Zulhijjah
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf
(ii) Bercukur
(iii) Tawaf
- segala larangan semasa
ihram
dimahsukhkan
Nafar
1. Nafar bermaksud meninggalkan Mina
dengan niat tidak akan kembali ke Mina lagi.
2. Nafar terbahagi kepada, dua iaitu:
2. Nafar terbahagi kepada, dua iaitu:
(a)
Nafar Awal
(b) Nafar Thani.
(b) Nafar Thani.
3. Nafar awal ialah meninggalkan Mina
selepas gelincir matahari pada 12 Zulhijah dengan
niat tidak akan kembali ke Mina lagi.
4. Syarat-syarat Nafar Awai ialah;
4. Syarat-syarat Nafar Awai ialah;
(a) keluar dari Mina selepas gelincir matahari
dan sebelum jatuh matahari pada 12 Zulhijah;
(b) selesai melontar di ketiga-tiga jumrah pada 12 Zulhiiah;
(c) niat tidak akan kembali lagi ke Mina;
(d) bermalam di Mina selama dua malam.
(b) selesai melontar di ketiga-tiga jumrah pada 12 Zulhiiah;
(c) niat tidak akan kembali lagi ke Mina;
(d) bermalam di Mina selama dua malam.
5. Nafar Thani
ialah meninggalkan Mina setelah selesai melontar
Jumrah pada 13 Zulhijah,
6. Nafar mempunyai beberapa hikmat seperti ;
6. Nafar mempunyai beberapa hikmat seperti ;
(a) menolong jemaah haji yang uzur
menyelesaikan ibadat haji dengan cepat;
(b) memberi kelonggaran kepada jemaah haji yang mempunyai urusan lain
(c) memberi peluang kepada jemaah haji memendekkan waktu ibadat haji kerana sebab-sebab tertentu
(b) memberi kelonggaran kepada jemaah haji yang mempunyai urusan lain
(c) memberi peluang kepada jemaah haji memendekkan waktu ibadat haji kerana sebab-sebab tertentu
CARA MENGERJAKAN HAJI
HAJI IFRAD
Haji Ifrad iaitu mengerjakan haji dan
umrah secara berasingan sama ada mengerjakan haji dahulu kemudian mengerjakan
umrah @ mengerjakan umrah sebelum tiba musim haji. Haji yang paling afdhal.
Haji Ifrad ialah berihram Haji sahaja
(mengerjakan ibadat Haji secara berasingan) di mana jemaah Haji hanya berniat
ihram Haji sahaja di miqat yang ditetapkan.
1. melakukan Tawaf bagi bukan penduduk Mekah
iaitu Tawaf Qudum mengelilingi Baitullah sebanyak tujuh kali. Penduduk
Mekah tidak boleh melakukan Tawaf tersebut.
2.
Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak
tujuh pusingan.
3.
Kemudian terus berada di Mekah dalam keadaan
berihram.
4.
Apabila tiba hari Tarwiah (8 zulhijjah) dia
berangkat ke Arafah utk Wukuf dan seterusnya mengerjakan segala
ibadah haji sehingga selesai.
5. Jemaah haji kekal dlm keadaan berihram sejak hari pertama dia sampai
di Makkah sehinggalah selesai melakukan ibadah haji yang membolehkannya
bertahallul.
HAJI TAMATTU':
Haji Tamattu' ialah mengerjakan Umrah pada
bulan-bulan Haji, kemudian mengerjakan Haji pada tahun yang sama, di mana ketika
berniat ihram Haji jemaah Haji berniat secara "Haji Tamattu'". Setelah itu dia
berniat dan berihram untuk mengerjakan Umrah secara berasingan.
1. Ketika sampai di Mekah al-Mukarramah
lalu mengerjakan Tawaf mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan.
2. Saie di antara Safa dan Marwah sebanyak
tujuh kali.
3.
Kemudian bertahallul dari Ihram dengan
bercukur atau bergunting. Maka dia bebas dari ihram. Dalam masa senggang
ini, dia bebas utk melakukan ibadah umrah sunat sebanyak yang dia mampu.
Dia juga bebas bergerak ke mana-mana saja tanpa pakaian ihram !!!
4. Bila sampai pada hari Tarwiah iaitu pada
8 Zulhijah, barulah dia memakai ihram semula dan berniat ihram haji di
miqat yang telah ditetapkan (di hotel masing-masing, jika berada di
Makkah) dan pergi ke Arafah utk Wukuf.
5. Seterusnya
dia mengerjakan Haji sebagaimana jemaah Haji yang mengerjakan Haji Ifrad, cuma
dia perlu membayar Dam kerana melakukkan haji secara tamattuk.
Orang
yang telah mengerjakan Tawaf Umrah ketika mengerjakan Haji Tamattu' tidak perlu
lagi mengerjakan Tawaf Qudum bagi Haji malah selepas Tahallul yang pertama dia
hendaklah melakukan Tawaf Ifadhah dan bersaie di antara Safa dan Marwah bagi
ibadat Haji mengikut pendapat
jumhur ulama. Walau bagaimanapun bagi Mazhab Hanafi, bagi jemaah Haji yang
mengerjakan Haji Tamattu' yang tidak membawa (mendapatkan) binatang ternakan,
tetapi jika telah membawa (mendapatkan) binatang tersebut, maka hukumnya sama
seperti hukum Haji Qiran.
HAJI
QIRAN
Haji Qiran ialah menghimpunkan antara Haji
dan Umrah dalam satu perjalanan musafir (sekali pergi). Jemaah Haji berniat Haji
dan Umrah dengan satu niat dari miqat yang ditetapkan. Biasanya jemaah haji yang
melakukan haji secara Qarin, akan tiba agak lewat beberapa hari sebelum wukuf,
supaya dia memakai ihram terlalu lama...
1. Apabila tiba di Mekah, hendalah melakukan
Tawaf Qudum dan Tawaf Ifadhah di Baitullah sebanyak tujuh pusingan. Disunatkan
raml (berlari anak) di tiga pusingan pertama.
2. Saie di antara Safa dan Marwah.
Kekal berihram sehingga hari wukuf dan
seterusnya sehinggalah dia telah melakukan perkara yang membolehkannya
bertahallul.
3. Wukuf di Arafah dan
seterusnya melaksanakan segala rukun dan wajib haji yang berikutnya
sehingga selesai.
Menurut pendapat Jamhur
Ulamak, org yg mengerjakan haji Qiran hanya perlu tawaf sekali dan saie
sekali saja. Walau bagaimanapun, hendaklah dia melakukan Tawaf Qudum
sebelum melakukan tawaf Ifadhah.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّهَا قَالَتْ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ
اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ حَجَّةِ الْوَدَاعِ
فَأَهْلَلْنَا بِعُمْرَةٍ ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ مَعَهُ هَدْيٌ فَلْيُهِلَّ بِالْحَجِّ مَعَ
الْعُمْرَةِ ثُمَّ لَا يَحِلُّ حَتَّى يَحِلَّ مِنْهُمَا جَمِيعًا قَالَتْ
فَقَدِمْتُ مَكَّةَ وَأَنَا حَائِضٌ لَمْ أَطُفْ بِالْبَيْتِ وَلَا بَيْنَ
الصَّفَا وَالْمَرْوَةِ فَشَكَوْتُ ذَلِكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ انْقُضِي رَأْسَكِ وَامْتَشِطِي
وَأَهِلِّي بِالْحَجِّ وَدَعِي الْعُمْرَةَ قَالَتْ فَفَعَلْتُ فَلَمَّا
قَضَيْنَا الْحَجَّ أَرْسَلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَعَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ إِلَى التَّنْعِيمِ
فَاعْتَمَرْتُ فَقَالَ هَذِهِ مَكَانُ عُمْرَتِكِ فَطَافَ الَّذِينَ
أَهَلُّوا بِالْعُمْرَةِ بِالْبَيْتِ وَبِالصَّفَا وَالْمَرْوَةِ ثُمَّ
حَلُّوا ثُمَّ طَافُوا طَوَافًا آخَرَ بَعْدَ أَنْ رَجَعُوا مِنْ مِنًى
لِحَجِّهِمْ وَأَمَّا الَّذِينَ كَانُوا جَمَعُوا الْحَجَّ وَالْعُمْرَةَ
فَإِنَّمَا طَافُوا طَوَافًا وَاحِدًا
Dari Aisyah ra., ia
berkata: Kami pernah bepergian bersama Rasulullah saw. pada tahun haji
wada, kemudian kami berihram untuk menunaikan umrah (tamattu). Kemudian
Rasulullah saw. bersabda: Barang siapa yang membawa hewan sembelihan,
maka sebaiknya ia berihram haji dan umrah (qiran), dan jangan
bertahallul dahulu hingga ia bertahallul untuk keduanya secara
bersamaan. Ternyata setibanya di Mekah aku datang haid, padahal aku
belum tawaf di Baitullah dan belum sai antara Shafa dan Marwah. Kemudian
hal itu aku adukan kepada Rasulullah saw. dan beliau bersabda:
Lepaskanlah jalinan rambut kepalamu dan sisirlah, kerjakanlah ihram haji
dan tinggalkanlah umrah. Lalu saya mengerjakannya. Dan ketika aku
selesai haji, Rasulullah saw. menyuruh saya bersama dengan Abdurrahman
bin Abu Bakar (saudara laki-laki Aisyah) pergi ke Tan`im (untuk berniat
ihram umrah di sana), lalu aku mengerjakan umrah. Beliau bersabda: Ini
adalah tempat umrahmu (umrah saja). Kemudian orang-orang yang umrah
melakukan tawaf di Baitullah, lalu sai antara Shafa dan Marwah, lalu
bertahallul. Kemudian mereka melakukan tawaf (tawaf ifadhah) untuk
ibadah haji setelah kembali dari Mina. Adapun mereka yang menggabung
ibadah haji dan umrah, mereka hanya melakukan tawaf satu kali saja.
Hadis riwayat Muslim.
عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ
وَسَلَّمَ مَنْ أَحْرَمَ بِالْحَجِّ وَالْعُمْرَةِ أَجْزَأَهُ
طَوَافٌ وَاحِدٌ
وَسَعْيٌ وَاحِدٌ عَنْهُمَا حَتَّى يَحِلَّ مِنْهُمَا جَمِيعًا
Dari Ibnu Umar RA
berkata, Rasulullah SAW telah bersabda : Sesiapa yang berihram utk haji
dan Umrah (Qiran), maka memadailah baginya sekali tawaf dan sekali saie
sehingga dia bertahallul drp kedua-dua ibadah tersebut.
Riwayat At-Turmizi.
DAM
(DENDA)
Dam ialah denda yang dikenakan
kepada jemaah haji yang berikut ;
a) melakukan haji
secara Tamattuk atau Qiran, atau
b) meninggalkan salah satu wajib haji, atau
c) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram
b) meninggalkan salah satu wajib haji, atau
c) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram
Jenis-jenis
Dam
1. Dam Tertib dan Ta'dil -
1. Dam Tertib dan Ta'dil -
Kesalahannya ;
Persetubuhan yang merosakkan haji
Denda
a) hendaklah menyembelih seekor
unta
b) jika tidak mampu, menyembelih seekor lembu
c) jika tidak mampu, menyembelih 7 ekor kambing
d) jika tidak mampu, membeli makanan yang sama nilai dengan seekor unta dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
e) jika tidak mampu, hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor unta
b) jika tidak mampu, menyembelih seekor lembu
c) jika tidak mampu, menyembelih 7 ekor kambing
d) jika tidak mampu, membeli makanan yang sama nilai dengan seekor unta dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
e) jika tidak mampu, hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor unta
Kesalahannya ;
Tidak dapat masuk ke Tanah Haram
atas sebab-sebab kesihatan spt berpenyakit atau merebaknya penyakit merbahaya,
atau atas sebab keselamatan spt peperangan, diculik, diancam musuh dsb sedangkan
sudah berihram.
Denda
Hendaklah dia bertahallul
ikhsar (ringkas) dengan ;
a) menyembelih seekor kambing dan kemudian bercukur
b) jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan yang sama nilai dengan seekor kambing dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) jika tidak mampu, hendaklah hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor kambing
a) menyembelih seekor kambing dan kemudian bercukur
b) jika tidak mampu, hendaklah membeli makanan yang sama nilai dengan seekor kambing dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) jika tidak mampu, hendaklah hendaklah berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai seekor kambing
2.
Dam Tertib dan Taqdir -
iaitu dam yang tidak boleh dipilih @
diganti dengan yang lain
kecuali
tidak terdaya melakukannya.
Kesalahannya ;
a) ihram Tamattuk
b) ihram Qiran
c) tertinggal salah satu wajib haji
d) meninggalkan tawaf wida'
e) melanggar nazar ketika melakukan haji
a) ihram Tamattuk
b) ihram Qiran
c) tertinggal salah satu wajib haji
d) meninggalkan tawaf wida'
e) melanggar nazar ketika melakukan haji
Denda
a) menyembelih seekor kambing @ 1/7
unta/lembu, jika tidak mampu...
b) berpuasa 10 hari iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari di tanah air sendiri.
b) berpuasa 10 hari iaitu 3 hari di Mekah dan 7 hari di tanah air sendiri.
# bagi wanita yang uzur kerana haid
@ nifas
tidak diwajibkan tawaf widak dan tidak dikenakan dam
3.
Dam Takhyir dan Ta'dil -
boleh dipilih salah satu drp perkara yang
telah ditetapkan.
Kesalahannya ;
a) memburu binatang buruan
b) menebang, memotong @ mencabut pokok di Tanah Haram
b) menebang, memotong @ mencabut pokok di Tanah Haram
Denda
Denda berdasarkan bandingan
binatang yang diburu, rusa bandingannya lembu dan kijang bandingannya kambing.
Denda bagi pokok yang ditebang sama spt bandingan di atas.
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;
Denda bagi pokok yang ditebang sama spt bandingan di atas.
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;
a) menyembelih seekor binatang
bandingan atau
b) membeli makanan yang sama nilai dengan binatang bandingan dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai binatang bandingan itu tadi.
b) membeli makanan yang sama nilai dengan binatang bandingan dan disedeqahkan kpd fakir miskin di Mekah
c) berpuasa sebanyak bilangan cupak makanan yang dapat dibeli dgn nilai binatang bandingan itu tadi.
4.
Dam Takhyir dan Taqdir
Kesalahannya ;a) melakukan perkara-perkara yang dilarang ketika ihram
b) melakukan persetubuhan selepas Tahalul Awal tetapi belum selesai Tahalul Thani
c) melakukan persetubuhan selepas persetubuhan yang merosakkan haji.
Denda
Denda bolehlah dipilih di antara yang berikut ;
a) menyembelih seekor kambing atau
b) bersedeqah kpd 6 orang fakir miskin sebanyak 2 cupak setiap seorang atau
c) berpuasa 3 hari
عَنْ كَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ
عَنْهُ قَالَ أَتَى عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَمَنَ الْحُدَيْبِيَةِ وَأَنَا أُوقِدُ
تَحْتَ قَالَ الْقَوَارِيرِيُّ قِدْرٍ لِي و قَالَ أَبُو الرَّبِيعِ
بُرْمَةٍ لِي وَالْقَمْلُ يَتَنَاثَرُ عَلَى وَجْهِي فَقَالَ أَيُؤْذِيكَ
هَوَامُّ رَأْسِكَ قَالَ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَاحْلِقْ وَصُمْ ثَلَاثَةَ
أَيَّامٍ أَوْ أَطْعِمْ سِتَّةَ مَسَاكِينَ أَوْ انْسُكْ نَسِيكَةً
Dari Kaab bin Ujrah RA., ia berkata: Rasulullah SAW mendatangiku pada waktu
perjanjian Hudaibiyah. Ketika aku sedang menyalakan api, Qawariri berkata: Di
bawah periukku, sedang Abu Rabi` berkata: Di bawah kualiku dan banyak sekali
kutu bertaburan di wajahku. Melihat hal itu, beliau bertanya kepadaku: Bukankah
kutu di kepalamu itu menyusahkanmu? Aku jawab: Ya. Beliau bersabda: Cukurlah dan
berpuasalah tiga hari atau berilah makan enam orang miskin atau sembelihlah
seekor kambing.
Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Turmizi, Ibnu Majah dan Ahmad.CARA HAJI WANITA HAID DAN NIFAS
Pertama
Wanita yang mengerjakan haji secara Tamattuk, sama ada haid @ nifas sebelum atau semasa ihram, apabila sampai ke Mekah hendaklah menunggu sehingga suci. Jika ia suci pada hari berniat ihram, maka hendaklah melakukan Tawaf Umrah, saie dan bercukur (tahalul). Kemudian melakukan ibadah haji spt biasa.
Jika berterusan uzur sehingga berangkat ke Arafah (Wukuf) hendaklah ia berniat ihram Haji dan memasukkan haji ke dlm umrah sekali (jadi Haji Qiran) dan seterusnya melaksanakan dam Qiran.
Kedua
Wanita yang mengerjakan haji secara Ifrad @ Qiran hendaklah terus mengerjakan semua kerja-kerja haji melainkan Tawaf. Tawaf hanya dikerjakan apabila ia suci.
Ketiga
Sekiranya haid @ nifas masih berkekalan hingga habis musim haji dan hendak balik ke negeri masing-masing, hendaklah ia menunggu hingga suci untuk Tawaf atau dia keluar dari Mekah dgn syarat kembali semula setelah suci untuk Tawaf. Dia tidak boleh bersetubuh dengan suaminya selagi belum menyelesaikan Tawaf tadi.
0 komentar:
Posting Komentar